
Setelah kian lama mendiamkan diri dari dunia muzik semenjak Ogos 2010, penyanyi pop Jepun Utada Hikaru kini sudah kembali menggubal beberapa buah lagu yang baru.
Apabila ditanyakan mengenai konsep lagunya itu, penyanyi yang popular dengan lagu “First Love” itu mengatakan telah mendapat sumber inspirasi dari sejenis rempah yang bernama ketumbar (coriander), yang biasa digunakan dalam masakan.
Kenyataan yang dpetik dari laman twitter peribadi miliknya, penyanyi yang berusia 29 tahun ini memberitahu bahawa ilham yang didapati dari ketumbar memang agak pelik namun dia menyarankan peminatnya turut menyukai ketumbar.
“Menulis lagu tentang ketumbar memang membuatkan saya nampak pelik, namun Kongres Ketumbar Sedunia ini sememangnya…. BIJAK! Anda memang patut menyukai kami selaku orang Jepun.”
Walaupun kedengaran agak pelik, ini bukanlah kali pertama Utada mendapat inspirasi aneh. Pada tahun 2006, beliau pernah menghasilkan sebuah lagu tentang seekor beruang yang bernama “Boku Wa Kuma”. Beliau juga pernah menghasilkan lagu bernama “Apple and Cinnamon”, yang membandingkan perhubungan cinta di antara kekasih dengan buah epal dan kayu manis.
Sebelum tersebarnya berita mengenai lagu baru beliau, terdapat beberapa spekulasi bahawa Utada sedang berkerjasama dengan penerbit Skrillex dalam menghasilkan muzik baru. – Tupai