Ulasan filem Step Up Revolution

Step Up Revolution
Apa yang anda bayangkan sebelum melihat filem ini pasti seperti filem Step Up yang sebelum ini apabila watak Moose diperkenalkan dan juga plot cerita pasti banyak bermain dengan kawasan persekitaran kolej serta diselangi lagu yang menarik.

Bagi filem terbaru arahan Scott Speer iaitu Step Up Revolution, Apa yang boleh penulis gambarkan filem ini hanya mengfokuskan tarian tanpa menghiraukan jalan cerita sehingga menjadi amat membosankan.

Sepatutnya menjadi romantik namun disebabkan pelakon utama yang kurang menyerlah iaitu watak Emily yang dipegang oleh Kathryn McCormick dan digandingkan dengan pelakon berbadan sasa, Ryan Guzman jalan cerita dan babak romatis terus bertukar kelakar.

Step Up Revolution
Tidak pasti kenapa boleh jadi begini namun yang pasti, mimik muka Emily langsung tidak menyerlah, yang dapat dilihat gaya tarian salsa dia yang menggairahkan. Disebabkan itu mungkin orang masih tidak lekang melihatnya menari bersama seorang lelaki tampan (Sean).

Sama seperti filem Step Up 3D yang lain namun cerita ini seperti hanya mengisahkan tentang kisah percintaan tanpa memaparkan elemen persahabatan yang mantap seperti filem sebelum ini.

Mungkin penulis mengharapkan watak Moose dikekalkan tetapi apabila menonton dia hanya menjadi cameo yang muncul di saat akhir filem ini sedikit kecewa.

Step Up Revolution
Karakter pelakon yang ada di dalam Step Up 2 dan 3D lebih menyerlah pada pengiraan penulis apabila semua penonton bersorak ketika melihat pelakon China perempuan yang memang seorang penari lincah bersama penari lelaki yang memang terkenal dengan tarian robot yang begitu hebat sebelum ini.

Seperti kekeringan idea dan karakter, Step Up Revolution ini dilihat hanya seperti meneruskan legasi filem ini sahaja tanpa memikirkan karakter apa lagi yang harus ada agar penonton akan kekal ingat setiap dari penari yang ada. Lagu yang dipilih pula terlampau urban dan seperti tidak kena, ianya terlalu elektronik.

Memperkenalkan tarian MOB sebagai sandaran, pengarah, Scott Speer memang mahu filem tidak dikatakan ketinggalan zaman. Banyak lagu yang tidak kena dan tidak langsung boleh memberikan inspirasi kepada penonton.

Walaubagaimanapun, filem ini tidak pernah mengecewakan peminat dari segi tarian mereka. Tabik diucapkan kepada koreografer tarian di dalam filem ini, seperti yang penuliskan bahaskan di atas tadi, dari segi lakonan dan jalan cerita memang tidak best, namun bagi tarian dia dan gaya mereka menari sememangnya boleh diberikan berjuta-juta tepukan.

Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Terlalu hebat dan diluar jangkaan, apa yang mereka lakukan di dalam file mini memang lain daripada yang lain. Kebanyakkan idea yang ada di dalam filem ini adalah buah tangan khas untuk anda yang memang meminati filem tarian seperti ini.

Step Up Revolution
Seperti filem Step Up yang lain, pengakhiran yang bahagia adalah yang diterapkan. Emily dan Sean bahagia bersama setelah bapa Emily, tokey besar syarikat hartanah akhirnya tewas melihat kehebatan tarian kumpulan MOB mereka ketika majlis pelancaran kawasan perumahan baru yang dirancang oleh ayahnya sebelum ini.

Untuk anda yang gemarkan tarian, atau mahu menari bersama atau hanya mahu menghabiskan masa terluang bersama rakan, bolehlah melihat filem ini yang telah ditayangkan bermula hari ini.

Step Up Revolution

Bintang
Keseluruhan: 2 Bintang
Pelakon: 2 Bintang
Plot: 2 Bintang
Kesan Khas: 2 Bintang
Sinematografi: 3 Bintang

Tonton filem ini jika anda: “Step Up”, “Step 3D”, “Street Dance” – Tupai




Comment With Facebook

Speak Your Mind

*