
Setelah diketepikan hampir 33 tahun, Ridley Scott kini kembali bersama satu lagi teka-teki dari dunia “Alien” dengan cerita terbaru “Prometheus”. Sebagai jawapan kepada semua jenis persoalan yang timbul di benak, filem ini dibuat dengan cara Ridley Scott, yang mana beliau sendiri mengarah dan menghasilkan prequel kepada francais “Alien”. Perkataan prequel digunakan di sini kerana pembikinan filem telah mendahului filem francais. Namun, sepertimana Scott merahsiakan penempatannya di gambaran besar dunia “Alien”, “Prometheus” sememangnya memberikan rasa dan merupakan naratif secara tersendiri yang menerokai sudut yang berlainan dalam dunia yang sama (butir-butir selanjutnya tidak akan diberi kerana dikhuatiri akan menghasilkan spoiler filem yang tidak patut).
Latar masa “Prometheus” ditetapkan dalam tahun akan datang 2091, apabila sebuah ekspedisi saintifik di atas kapal angkasa yang bernama Prometheus, dibiayai oleh Syarikat Weyland, mendarat di sebuah planet dalam mencari jawapan kepada persoalan pencipta manusia, berdasarkan bukti arkeologi dari tamadun purba yang ditemui di Bumi. Apabila sekumpulan saintis menjumpai dan menerokai struktur makhluk asing, mereka mendapati bahawa ianya menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan mengenai penciptaan manusia, dan para saintis mula memasang niat yang berbeza.
Secara visual, teknik pembikinan filem memang sangat mengagumkan. Sememangnya anda tidak membazir wang sekiranya anda memilih untuk menonton filem ini di IMAX ataupun skrin tiga dimensi yang boleh memberikan kelainan. Tidak dinafikan tona warna latarbelakang yang sedikit gelap jika dibandingkan dengan “Avatar” sungguh menakjubkan, dan pujian sebegini hanya boleh diberikan kepada beberapa filem yang tertentu sahaja. Penghasilan reka bentuk seakan-akan serupa dengan bentuk rupa seni bina dan latarbelakang dalam “Alien”, tetapi dalam versi yang lebih primitif dan kasar, yang berkemungkinan disebabkan oleh sikap Ridley Scott sendiri yang banyak memberikan perhatian kepada gambaran secara terperinci, membuatkan “Alien” menerajui genrenya sendiri.
Jalan cerita bermula dengan agak perlahan demi membina saspen pada masa yang sesuai, tetapi bergerak pantas apabila mendekati klimaks, yang akhirnya telah memusnahkan pelbagai jangkaan bagi pengakhiran cerita. Aliran jalan cerita yang lancar dari permulaan gagal untuk membuat peralihan dan secara beransur-ansur telah berpecah menjadi sebuah plot yang tidak teratur. Hasil kerja penulis skrip Jon Spaihts dan Lindelof Damon jelas memperlihatkan masalah dalam cuba mengimbangi saspen dan babak yang mengejutkan. Malangnya, impak sebegini telah menghasilkan beberapa plot kosong dan keangkuhan pembikin filem dalam menghuraikan cerita sukar diabaikan.
Pilihan pelakon yang seharusnya mampu memainkan watak dengan baik dalam filem saintifik secara umumnya agak membosankan, kecuali Michael Fassbender sebagai android yang bernama David. Charlize Theron masih kaku dengan wataknya yang diperlihatkan di filem “Snow White and The Huntsman” sebagai Vickers, dan Idris Elba hanya mampu mengimprovisasi sebegitu banyak untuk wataknya tidak membawa banyak perbezaan. Noomi Rapace berjaya membuktikan bahawa beliau mempunyai bakat untuk menjadi watak utama selayak Sigourney Weaver, tetapi malangnya telah dipasangkan bersama watak jengkel yang dimainkan oleh Logan Marshall Green. Setiap daripada barisan pelakon mempunyai saat-saat terbaik mereka sendiri, tetapi gagal untuk bekerjasama dengan satu sama lain demi mewujudkan impak hubungan antara watak yang dinamik, yang mana telah menyebabkan jalan cerita yang mendatar.
Secara keseluruhan, “Prometheus” patut ditonton oleh peminat francais “Alien” dan dunia yang ia cipta. Ia memang mempunyai beberapa jawapan untuk mereka yang sedikit sebanyak berpengetahuan tentang asal-usul cerita dan mereka boleh boleh berpuas hati setelah berjaya mengecam beberapa tanda yang tersirat di jalan cerita. Walaubagaimanapun, tidak kira sama ada anda adalah pakar dalam dalam hal berkaitan dengan “Alien” atau tidak, anda sememangnya akan meninggalkan panggung dengan soalan-soalan yang melebihi jawapan.
Bintang
Keseluruhan: 4 bintang
Pelakon: 3.5 bintang
Plot: 3 bintang
Efek: 4 bintang
Sinematografi: 3.5 bintang
Tonton filem ini jika anda meminati “Alien”, “Aliens”, “Alien 3” dan “Alien Resurrection”