Lindsay Lohan dikecam oleh bintang lucah

Bukan sesuatu yang menghairankan apabila Lindsay Lohan menunjuk belang ketika sesi penggambaran filem. Kali ini, aktres berumur 26 tahun itu dikecam pula oleh seorang bintang lucah bernama James Deen yang memberitahu Lohan bersikap kebudak-budakan dalam set penggambaran filem “The Canyons”. “Ada hari-hari tertentu di mana dia (Lohan) akan menjerit dan menangis dan kemudiannya tidak mahu [...]

Amanda Seyfried mainkan watak bintang lucah

Sebelum ditawarkan watak Cosette dalam “Les Miserables”, Amanda Seyfried telah pun sibuk dengan penggambaran filem biopik “Lovelace” yang berdasarkan kisah hidup seorang bintang lucah terkenal di era 70an bernama Linda Lovelace. Sering dilihat memegang watak baik dalam kebanyakan filemnya sebelum ini, watak Linda Lovelace yang dimainkan Seyfried ternyata sebuah cabaran besar buatnya dalam bidang lakonan [...]

Ulasan “Sepah The Movie”

Seperti namanya sendiri, “Sepah The Movie” adalah peristiwa yang penuh berserabut, walaupun perkataan ‘Sepah’ sebenarnya berasal dari nama kumpulan. Jepp Sepah, Shuib Sepah dan Mamat Sepah membintangi filem ini sebagai tiga pelumba motosikal yang berkawan baik dan pada masa yang sama bekerja di sebuah kilang elektronik. Dan semestinya, seperti kawan-kawan lelaki lain yang rapat semacam, [...]

Istanbul Aku Datang berjaya raih RM3.2 juta

Filem terbaru arahan Bernard Chauly, “Istanbul Aku Datang” telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penotnon apabila ia berjaya mendapat kutipan mencecah RM3.2 juta sejak ia ditayangkan di pawagam tempatan pada 8 November yang lalu. Dipetik dari sebuah akhbar tempatan, Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, pihaknya sangat bersyukur dan gembira dengan jumlah [...]

Istanbul Aku Datang Berbaloi Ditonton

Filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly membuka dimensi baru untuk filem romantik komedi di negara kita. Idea kreatif yang diketengahkan oleh pengarah muda ini dilihat begitu segar serta menampilkan kelainan dari pelbagai sudut. Istanbul Aku Datang merupakan sebuah filem hasil kerjasama Grand Brilliance dan Red Films berjaya membawa para penonton menikmati keindahan pemandangan negara [...]

PE3 diilhamkan kes rompakan mikrocip

Nama filem dan warna logo mungkin berikan bayangan kepada penonton bahawa filem PE3 adalah berdasarkan persatuan Pekida. Namun ia disangkal oleh pengarah filem itu sendiri, Farid Kamil yang menjelaskan bahawa pilihan nama dan warna hanya kebetulan dan ia tidak membawa apa-apa makna langsung. Menurut pelakon dan pengarah berumur 31 tahun itu lagi, kisah benar yang [...]

Lagenda Budak Setan 2 sasar RM20 juta

Filem yang diadaptasi daripada novel tulisan Ahadiat Akashah, “Lagenda Budak Setan 2: Katerina” dijangka bakal memberi impak kepada penonton dan juga industri perfileman tempatan selepas kejayaan besar yang diterima daripada filem yang pertama. Diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Sharad Sharan yang turut merangkap sebagai penerbit, dia memberitahu “Lagenda Budak Setan” pertama telah berjaya meraih [...]

Gambar Filem Aku Terima Nikahnya

Tidak mahu membuat tanggapan awal mengenai filem terbitan MIG yang ke – 66, “Aku Terima Nikahnya” jika dibandingkan dengan filem Hollywood lakonan mantap dari Rachel McAdams dan juga Channing Tatum, “The Vow” penulis tetap mahu melihat sendiri apa kelainan yang ada di dalam filem romantis ini. Koleksi Gambar Aku Terima Nikahnya Lihat Sinopsis Aku Terima [...]

Nora Danish Rasa Gementar Bila Pegang Tangan Adi Putra?

Pelakon comel genit, Nora Danish akui gementar apabila digandingkan dengan aktor kacak Adi Putra dalam filem Aku Terima Nikahnya. Lebih-lebih lagi bila terpaksa beraksi dengan cukup intim sebagai pasangan suami isteri di dalam filem arahan Eyra Rahman itu iaitu pengarah baru yang diberi peluang untuk bekerja dengan syarikat produksi Metrowealth (MIG). Namun, keintiman Adi Putra [...]

Ulasan Filem Halim Munan – Halimunan

“Kalau aku jadi halimunan, aku akan sakat kawan-kawan aku sesuka hati, aku boleh pergi ke mana sahaja lebih-lebih lagi ke luar negara tanpa perlu tiket kapal terbang atau pasport, aku boleh pakai sesuka hati (boleh juga tak pakai apa-apa) ke mana saja dan paling best aku boleh ponteng kerja.” Itu adalah fantasi sahabat penulis saat [...]