Sheila Marcia bergaya seksi ketika sarat hamil

Sheila Marcia
Seperti tidak mahu kalah dengan artis-artis Hollywood seperti Demi Moore, Britney Spears dan Kris Jenner yang bergambar seksi ketika sarat mengandung, kini aktres dan penyanyi dari negara seberang Indonesia, Sheila Marcia Joseph turut melakukan perkara yang sama dengan suaminya yang merupakan pemain dram Cannonball, Kiki Mirano.

Dipetik daripada laporan Detik Hot, Sheila tampil tanpa seurat benang dan menutup payudaranya menggunakan tangan, satu gaya yang hampir serupa pernah dilakukan oleh Moore dan Britney Spears dalam satu kulit hadapan majalah antarabangsa.

Turut ditampilkan juga adalah gambar Sheila memakai gaun seperti bidadari dan mendedahkan bahagian perutnya. Gambar-gambar ini telah dimuat naik oleh Kiki Mirano di akaun Facebooknya.

Sebelum ini aktres filem “Kereta Hantu Manggarai” telah melahirkan puteri sulungnya, Leticia Charlotte Agraciana Joseph, hasil hubungan dengan bekas vokalis Drive, Anji. Leticia kini sudah berusia dua tahun. – Tupai

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>