Selena Gomez hasilkan minyak wangi

selena-gomez-perfume
Sekarang ini ia sudah menjadi trend di kalangan artis-artis Hollywood mempunyai minyak wangi mereka sendiri, seperti Jenifer Lopez, P.Diddy dan Britney Spears, dan kini penyanyi dan pelakon, Selena Gomez turut mempunyai minyak wangi jenamanya sendiri.

Namun apa yang menarik dan berbeza tentang minyak wangi Selena Gomez ini adalah proses membuat minyak wangi itu sendiri. Ini kerana Gomez telah meminta peminat-peminatnya untuk membantunya dalam menentukan jenis wangian.

Memberi peluang kepada peminatnya untuk turut serta dalam proses pemilihan wangian ini telah menjadi daya tarikan kempen pelancaran minyak wangi tersebut yang menggunakan namanya sendiri “Selena Gomez” sebagai jenama minyak wangi tersebut.

“Perkara yang paling menarik adalah berinteraksi dengan peminat. Pada mulanya saya gementar juga dengan maklum balas yang bakal diterima kerana sebelum ini tidak pernah lagi ada orang yang melakukan sedemikian, dimana seseorang boleh membantu saya dalam proses pemilihan wangian melalaui ‘online’.

“Saya fikir minyak wangi ini mereka yang akan memakainya, jadi saya mahu tahu apa yang mereka suka,”katanya kepada MTV.com. Menurut pelakon “Monte Carlo”, maklum balas yang diterima kebanyakkannya tertumpu pada bagaimana mereka mahu minyak wangi tersebut untuk kegunaan harian.

“Mereka punya pendapat yang bagus, antaranya seperti ‘Saya mahu yang saya boleh pakai ke sekolah’ dan ada yang suka “Saya mahu yang saya boleh pakai keluar selepas ke gim’, kata Selena yang memberitahu antara maklum balas yang diterimanya.

“Mereka bagi maklum balas yang yang pelik tapi masuk akal, dan saya juga suka. Saya tak perlu berfikir kerana mereka sudah banyak beri pendapat,”jelasnya.

Setelah meneliti maklum balas yang diterima, Gomez telah memilih lima jenis wangian yang kini sudah mula dijual di pasaraya Macy dan meminta peminatnya untuk memilih wangian yang terbaik.

“Wangian yang saya pilih adalah wangian yang menggambarkan keperibadian saya. dan botolnya sangat feminin, tinggi dan sangat praktikal.”

Sementara itu, rakan baik Gomez, Taylor Swift dan teman lelakinya, Justin Bieber turut mempunyai wangian jenama mereka sendiri. – Tupai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>