Scha Al-yahya sah bergelar isteri dengan sekali lafaz sahaja

Scha Al-yahya
Tepat jam 9.15 malam tadi, pasangan merpati dua sejoli, Scha Al-yahya dan juga Awal Ashaari atau nama sebenar, Ahmad Awaluddin Ashaari sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali Lafaz sahaja.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh ayah scha iaitu Syed Mahadzir Al Yahya bertempat di hotel Pullman, Lakeside putrajaya dengan mas kahwin sebanyak RM2,050.

Scha Al-yahya atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya turut mengucapkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir, kepada keluarga saya, keluarga baru saya, sahabat yang hadir dalam menyaksikan pernikahan ini saya amat hargai.”

Pihak perempuan turut memberikan dulang 9 berbalas 7 kepada pihak lelaki. Pakaian pernikahan Scha pula direka khas oleh Syaiful Bahrim.

Pasangan ini bakal berbulan madu pada bulan Mei selepas persandingan di New York sebelum berangkat untuk bulan madu penuh pada bulan Disember tahun ini. – Tupai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>