Russell Brand menyesal ceraikan Katy Perry

katy-perry-russell-brand
Nampaknya pelakon dari Britain, Russell Brand baru menyedari beliau telah membuat kesilapan paling besar dalam hidupnya.

Dipetik daripada The Dailymail, Brand yang popular dengan filem seperti “Arthur” dan “Forgetting Sarah Marshall” telah dikatakan sangat cemburu dengan bekas isterinya, Katy Perry selepas melihat gambar Perry meluangkan masanya bersama pemuzik Robert Ackroyd dari kumpulan Florence And The Machine di festival Coachella bulan lalu.

Akibat gambar itu, Brand kemudiannya telah dikatakan menghantar satu e-mail yang penuh emosi kepada penyanyi berumur 27 tahun itu. Di dalam e-mail itu juga, Brand telah memohon untuk diberikan peluang kedua dan memberitahu Perry keputusannya untuk menamatkan perkahwinan mereka selama 14 bulan sebagai satu ‘kesilapan’.

Menurut satu sumber memberitahu pelakon berusia 36 tahun itu cemburu apabila melihat gambar Katy dengan Rob, dan beliau merasakan dirinya terlalu cepat berputus asa terhadap hubungan mereka.

Sumber itu juga menambah, “Russell sememangnya mengharapkan yang terbaik untuk Katy, tetapi beliau sepatutnya menyedari keistimewaan bekas isterinya itu dahulu, bukannya selepas mereka sudah bercerai.”

Sebelum ini, Brand telah memfailkan penceraian dengan Perry pada Disember tahun lalu dan menyatakan ‘ketidakserasian’ sebagai punca penceraian mereka.

Menurut beberapa laporan menyatakan gaya hidup Perry yang suka berparti dan terpaksa berjauhan kerana konsert jelajah penyanyi berusia 27 tahun itu antara penyebab penceraian mereka.

Selepas Perry kini sudah mempunyai orang baru dalam hidupnya, Brand kini lebih menumpukan perhatiannya kepada keluarganya, terutamanya pada ibunya Barbara. – Tupai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>