Rita Rudaini minta alasan kukuh dari Aidil untuk bercerai

Rita Rudaini
Semenjak kisah perceraian di antara pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan dengan isteri Rita Rudaini dicanang lebih kurang 4 bulan lepas. Kini, Rita menyuruh Aidil beri alasan kukuh untuk menceraikan dirinya.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Rita menyatakan bahawa beliau masih tidak pasti sebab-sebab Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak ingin berpisah, memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang perselisihan faham sebelum ini.

Melalui petikan dari mStar, Rita diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata dia tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil yang berusia 25 tahun memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka, dan ingin suaminya memberikan alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum diceraikan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Isnin lalu.

“Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu.”

“Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung,” katanya yang ditemui selepas perbicaraan tamat.

Rita hadir bersama peguamnya serta ibu, ayah dan saudaranya manakala Aidil turut hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari dan ibu bapanya.

Tetapi menurut Rita, dia masih ingin menyelamatkan rumah tangga yang dibinanya sejak 25 Februari 2008. Sehingga sekarang selepas melalui pelbagai dugaan, dia masih lagi menyayangi perkahwinannya yang dibina atas dasar cinta ini.

“Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa,” ujarnya.

Rita yang berusia 36 tahun ini turut berkata, Aidil seorang yang tidak berpendirian tetap kerana hal rumah tangganya sering dicampuri pihak keluarga Aidil.

“Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain.

“Tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah.”

“Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain,” katanya.

Cubaan untuk mendapatkan kenyataan dari Aidil, hanya mendapat jawapan, “Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah.”

Mahkamah menetapkan sebutan kes permohonan cerai itu pada 16 Mei ini dengan melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Pasangan yang bernikah secara rahsia Ini telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan. – Tupai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>