Kumpulan Sepahtu sudah maafkan Mamat

Sepahtu
Kumpulan Sepahtu yang dahulunya dikenali sebagai Sepah mengakui sudah lama memaafkan Mamat diatas insiden yang berlaku tidak lama dahulu.

Ujar Jepp atau nama sebenar Nazri Zainal Abidin yang ditemui di sesi rakaman Karoot Komedia bertempat di FINAS, semalam berkata, dia dan Mamat masih berkawan cuma jarang dapat meluangkan masa untuk berjumpa kerana tuntutan kerja yang tidak henti-henti hingga kini.

Jepp turut memberitahu dia ada menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada Mamat ketika malam Nifsu Syaaban yang lalu tanda berdamai.

“Saya ada juga menghantar mesej tanda kami sudah berdamai dan saya tidak mahu lagi peristiwa lama diulang kembali. Yang lepas itu biarlah, tak usah dikenang. Lagipun saya sudah meminta maaf kepada Mamat jikalau ada salah dan silap saya selama kami berkumpulan.”

Ditanya jika akan ada peluang untuk bekerja sama kembali sebagai tiga ahli, Shuib memberitahu buat masa ini mereka lebih senang bergerak berdua sahaja. Pada mulanya amat sukar, namun banyak dibantu pelawak senior yang sentiasa memberikan idea bernas sebelum kami membuat persembahan.

“Kami cuba bergerak berdua, memang amat sukar pada mulanya kerana semua skrip, idea , cerita akan diselitkan untuk 3 watak selepas Mamat pergi ianya harus dirombak kembali. Ada terfikir juga nak ambil seorang lagi ahli gantikan Mamat tapi susah nak jumpa dengan orang yang betul-betul sesuai. Tidak apalah, mungkin kami berdua sudah mencukupi,” Ujar Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad ketika ditemuramah.

Dalam perkembangan lain, Sepahtu bakal meriliskan sebuah album yang mempunyai 7 lagu di dalamnya namun buat masa ini lagu solo pertama mereka berjudul “Siapa Dapat Lisa” yang digubah khas oleh komposer terkenal M. Nasir dan penulis lirik dari Budi Hikayat akan dipromosikan lebih awal. Lagu yang berentak Ska ini dilihat mampu memberikan fenomena baru kepada pelawak yang bukan sahaja dapat menghiburkan penonton dengan jenaka malahan mereka mampu untuk menyanyi. – Tupai




Comment With Facebook

Speak Your Mind

*