Jessica Biel tarik diri dari “The Wolverine”

Jessica Biel
Jessica Biel telah menarik diri dari filem baru, “The Wolverine” yang akan mula menjalani penggambaran pada minggu hadapan.

Menurut AsiaOne, Biel yang sepatutnya akan memegang watak mutan jahat, Viper telah menarik diri di saat-saat akhir, menyebabkan para penerbit terpaksa mengejar masa bagi memastikan penggambaran yang akan dibuat di Sydney akan berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Sebelum ini, bintang filem “Total Recall” ini telahpun menerima tawaran berlakon bersama Hugh Jackman dalam “The Wolverine”. Biel dikatakan bertindak demikian kerana beliau bakal berkahwin dengan Justin Timberlake tidak lama lagi.

Ini bukan kali pertama Biel menarik diri dari filem yang diadaptasi dari buku komik. Pada tahun 2007, pihak Warner Bros pernah berbincang dengan Biel untuknya memegang watak Wonder Woman dalam filem “Justice League Of America”, namun beliau akhirnya menolak tawaran tersebut. – Tupai




Comment With Facebook

Speak Your Mind

*