Faizal Hussein lancarkan autobiografi pertama

Faizal Hussein
Aktor prolifik Faizal Hussein bakal melancarkan buku autobiografi pertamanya berjudul “Limelight” di KL Alternative Bookfest semalam, jam 12 tengahari bertempat di Annexe, Central Market, Kuala Lumpur.

Pewaris legasi seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan seniwati Allahyarhamah Mahyoun Ismail yang terkenal dengan filem-filem seperti “Gila-Gila Remaha” (1985), “XX Ray” (1993), “Leftenan Adnan” (2000) dan terbaru “Bunohan” (2012) telah memulakan kariernya dalam bidang lakonan seawall usia lima tahun. Justeru segala pengalaman dan suka duka beliau bergelumang dalam industi sebagai anak seni dibukukan dalam “Limelight”.

Autobiografi ini bakal menceritakan tentang profesionalisme, bagaimana kedua ibu bapanya mendidik anak-anak yang tidak pernah dikongsikan sepanjang hayat kedua-dua seniman dan seniwati itu. Malah pengalamannya berhadapan dengan tindakan gantung tidak bertali oleh syarikat penerbit drama untuk beberapa tahun atas kedegilan dan prinsip yang dipegang turut diselitkan dalam buku tersebut.

“Limelight” turut menaratifkan bagaimana aktor tersebut mengekalkan tahap profesionalisme sehingga sekarang untuk dikongsikan bersama sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam karier lakonan selain mahukan gambaran awal tentang amalan industri perfileman tanah air.

Selain autobiografi aktor 47 tahun ini, buku tulisan aktor “Aku, Kau & Dia”, Pekin Ibrahim berjudul “Memoir Bukan Memoir” akan turut dilancarkan pada hari yang sama. – Tupai




Comment With Facebook

Speak Your Mind

*