Faezah Elai Umum Hamil Di Twitter

Faezah Elai
Selepas hampir setahun mendirikan rumahtangga bersama pengarah Heykal Hanafiah, pelakon Faezah Elai mengumumkan yang dirinya kini sedang hamil anak pertama mereka menerusi akaun Twitter miliknya.

“Saya sudah disahkan hamil setelah hampir setahun menikah. Itu sahaja dapat saya beritahu sekarang,” tulis Faezah Elai ringkas pada pukul 4.18 petang semalam.

Twitter Faezah Elai
Pelakon filem Tanda Putera itu bernikah dengan pengarah Heykal Hanafiah pada 9 September tahun lalu.




Comment With Facebook

Speak Your Mind

*