Adi Putra Seronok Bercuti di Mekah

adi putra
Pelakon, Adi Putra akui seronok ke Tanah Suci Mekah sebagai masa untuknya bercuti walaupun dalam masa yang sama menjalani ibadah Umrah.

Malah, kunjungan kali keduanya pada 27 April ini, dianggap sebagai percutian yang sangat mengujakan.

“Saya sudah mengerjakan Umrah kali pertama sebagai ibadat sunat pada tahun lalu. Ketika itu saya pergi bersama rombongan Umrah yang lain.

“Pengalaman mengerjakan Umrah sangat menyeronokkan, bahkan saya akan jadikan ia sebagai satu percutian yang sangat menarik.

“Bila berada di sana, saya bukan sahaja boleh mengerjakan ibadah Umrah kerana dalam masa yang sama boleh menikmati hidup seperti biasa dalam suiasana yang tenang,” katanya yang ditemui selepas pelancaran Rempit United di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, tengah hari tadi.

Selepas selesai mengerjakan Umrah kali kedua pada penghujung April ini, Adi Putra merancang untuk menjalani ibadah yang sama pada bulan Ramadan yang akan datang.

Meskipun, Tanah Suci tempat yang paling mudah untuk Tuhan memakbulkan doa seseorang, namun menurut Adi itu bukan tujuan utamanya.

“Saya tidak mahu terlalu beratkan sesuatu perkara atau ibadah itu sendiri. Jika mahu memohon sesuatu hajat janganlah hanya di Tanah Suci.

“Tuhan juga tahu menilai amalan umatnya bukan sahaja di Tanah Suci tetapi apa yang kita sudah lakukan serta amalan di tanah air.

“Jadi, InsyAllah selepas merasai nikmat mengerjakan Umrah pada Ramadan nanti, saya mahu mengerjakan ibadah Haji pula pada tahun ini. InsyaAllah ,” luahnya lagi.

Sementara itu, Adi yang baru sahaja menyertai kempen Pertubuhan Rempit Bersatu atau Rempit United bakal berdaftar dengan Motorsport Malaysia bagi membantu generasi muda bermasalah.

“Saya rasa mat rempit ini perlu dibimbing supaya mereka tidak lagi dipandang dari sudut negatif semata-mata.

“Saya akan cuba mendekatkan diri kepada mereka dalam aktiviti yang pertubuhan ini anjurka.

“InsyAllah juga kalau diizinkan Allah saya mahu ajak semua ahli Rempit United mengerjakan Umrah bersama,” tambahnya.

Selebriti lain yang turut menjayakan kempen tersebut seperti Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam, Mejar (K) David Teo, Intan Ladyana, Sari Yanti, Nora Danish dan Ilia Iryani. – Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>